Selasa, 2 Julai 2013

_ana_thalib_


Saya belajar,
bahwa orang yang saya kira
adalah orang yang jahat,
akhirnya orang itulah yang membangkitkan
semangat hidup saya kembali ‘


Saya belajar,
bahwa persahabatan sejati senantiasa bertumbuh
walau dipisahkan oleh jarak yang jauh,
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati….

Saya belajar,
bahwa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian
seperti yang saya inginkan,
bukan berarti bahwa dia tidak mencintai saya….

Saya belajar,
bahwa sebaik-baiknya pasangan itu,
mereka pasti pernah melukai perasaan saya….
dan untuk itu saya harus memaafkannya…


Saya belajar
bahwa dua manusia dapat melihat sebuah benda,
tapi kadang dari sudut pandang yang berbeda…

Saya belajar,
bahwa tidaklah penting apa yang saya miliki
tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya…

Saya belajar,
bahwa tidak ada yang serba cepat didunia ini,
semua perlukan proses yang panjang
maka saya perlu bersabar 


Saya belajar,
bahwa saya harus belajar dari kesalahan yang
pernah saya lakukan dan hidup untuk masa depan,
bukan terus-menerus melihat ke masa lampau..

Saya belajar,
bahwa cinta itu memberi dan mengerti tanpa harus
diberi dan dimengerti..

Saya belajar,
bahwa apa yang kita inginkan tidak selalu sesuai
dengan apa yang kita perlukan, dan kita harus
berlapang dada menerimanya..

Saya belajar,
bahwa keluarga saya adalah harta terbesar yang
saya miliki

Isnin, 1 Julai 2013

si penghafaz hadith



 Apa yang ingin saya kongsi bersama ialah bagaimana ingin memaksimumkan kemampuan kita menghafaz hadith. Pasti ramai yang rasa kagum dengan kisah para ulama hadith terdahulu seperti al-Bukhari, guru-gurunya sebelumnya dan juga murid-murid beliau selepasnya menghafaz beribu-ribu hadith. Ada yang kagum sampai ke tahap 'macam tak percayalah'. Tapi ada juga yang percaya tapi tengah berfikir bagaimana caranya? Apakah ada langkah-langkah tertentu yang praktikal untuk dicontohi? Jawapannya ada.
Namun rasanya tidak ada yang lebih patut untuk menceritakan bagaimana caranya menghafaz beribu-ribu hadith ini melainkan - ulama hadith zaman awal yang sememangnya terbukti telah berjaya melakukannya. Setuju? Mari kita lihat kata-kata mereka dalam menceritakan pengalaman mereka dalam melakukan perkara yang mulia ini. Saya mulakan kali ini di bawah tajuk 'Sedikit demi sedikit'. Tulisan kali ini - dan tulisan-tulisan akan datang insya Allah - bertujuan untuk menegaskan  bahawa ulama hadith terdahulu tidaklah secara 'tiba-tiba' atau secara 'ajaib' menguasai kajian hadith. Namun mereka melakukan segala yang termampu berdasarkan usaha yang gigih dan teknik-teknik yang berkesan lagi praktikal.


Kita akan bersama beberapa orang tokoh besar dalam hadith di kurun awal Islam, tokoh-tokoh yang lebih awal daripada al-Bukhari, Muslim dan yang sezaman dengannya...
Qatadah Bin Di'amah ( wafat 118H) dan Ibn Syihab al-Zuhri (wafat 124H) menjelaskan bahawa:Sesiapa yang menuntut hadith sekaligus, maka akan hilanglah ia sekaligus. Mereka menjelaskan bahawa hadith dihafaz sekadar satu ataudua hadith.
Syu'bah Bin al-Hajjaj (wafat 160H): Aku dahulunya datang kepada Qatadah lalu aku bertanya kepadanya sekadar dua hadith lalu dia mengajarnya kepadaku. Kemudian dia berkata: 'ingin aku tambahkan kepadamu?'. Maka aku menjawab: 'Tidak, kecuali setelah aku menghafaz kedua hadith ini dan mahir padanya'.
Syu'bah juga pernah menceritakan bahawa dia menghadiri pengajian hadith daripada Amr Bin Dinar (wafat 126H) sebanyak lima ratus kali tetapi dalam tempoh itu dia hanya mengambil dan menghafaz 100 hadith sahaja. Satu hadith dalam setiap lima kali pengajian.
Abu Qilabah (106H) ketika mengajarkan hadith (untuk dihafaz dan disalin) dia hanya mengajarkan 3 hadith dan dia akan berkata: 'aku telah menyebut banyak hadith'.
Sufyan al-Thauri (161H) menceritakan bahawa ketika dia hadir majlis hadith yang diadakan oleh al-A'masy ( 148H) dan Mansur Bin al-Mu'tamir ( 133H) ,beliau akan mengambil 4 hadith lalu akan beredar dari majlis tersebut.Katanya: 'Aku bimbang hadith akan menjadi banyak dan ia akan hilang dariku'.
Amru Bin al-Harith ( 148H) - yang dipuji kerana kekuatannya menghafaz banyak hadith -menghafaz setiap hari hanya 3 hadith.
Itulah sebahagian daripada nasihat dan pengalaman para tokoh hadith zaman awal menghafaz hadith. Terdapat banyak lagi kisah-kisah dan nasihat sebegini di dalam buku-buku yang mengumpulkan kisah para ulama hadith contohnya seperti buku Siyar A'lam al-Nubala' - al-Dzahabi, al-Jami' Li Akhlaq al-Rawi - al-Khatib al-Baghdadi dan lain-lain lagi. Maklumat di atas saya ringkaskan daripada hasil himpunan Ahmad Bin Faris al-Salum dalam bukunya 'Hifzullah al-Sunnah'- cetakan Dar al-Basyaair al-Islamiyyah,m/surat 195-197. .
Semoga kita bertemu lagi dalam tulisan akan datang untuk mengenali dengan lebih dekat bagaimanakah caranya mereka berjaya menghafaz hadith. Diharap ia membangkitkan rasa dalam diri kita untuk menghafaz hadith, kalau tak dapat banyak, sedikit pun sudah amat baik dan berfaedah.

أسأل الله أن يجعلنا من الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه
main_hujan93


Isnin, 27 Mei 2013

mendakilah semampumu...

Duduk Diam Bukan Pilihan.


بسم الله الرحمن الرحيم
Kehidupan kita ini ibarat sebuah pendakian. Amat berbeza orang yang cuba untuk mendaki ke puncak yang tinggi dengan orang yang hanya duduk di atas tanah sambil mencungkil gigi dengan senang hati tidak mahu mendaki.

Kita cuba untuk mendaki, kita cuba mendaki sehingga ke puncak, puncaknya redha Ilahi. Dengan semangat yang kuat kita mendaki dan terus mendaki sehingga kelelahan itu menyergah di jiwa dan jasad kita.

Lelah, namun perjalanan masih jauh...Sedangkan orang duduk mencungkil gigi itu masih senang hati. kelelahan tidak menyertainya, hanya kesenangan yang sedang dinikmatinya. Benar, perjalanan ini memerlukan kudrat yang sesungguhnya, segala masa, fikiran dan jiwa kita perlu ditumpukan untuknya. Meredah perjalanan ini tanpa cahaya ibarat si buta yang berjalan tanpa tongkatnya. Namun yang lebih malang ketika tongkat dihulur, kita tepis ke tepi. kita seolah - seolah si buta yang sengaja menepis tongkat yang diberi kerana tidak mahu dilihat lemah, kita ego!

Mendaki dan terjatuh.

Ada masa, ada ketika, sedang asyik kita mendaki, kita terjatuh. Malah adakalanya kita terus terjurumus ke lembah yang dalam. Gelap tanpa cahaya. Waktu itu baru kita sedar cahaya itu penting, baru kita sedar fungsi cahaya itu, baru kita sedar tanpa cahaya segala marabahaya yang datang tidak mampu kita kesan, baru kita sedar diri kita ini lemah. Di situlah Allah dengan kasih sayangnya mahu memperlihatkan kepada kita betapa pentingnya cahaya itu. Allah mahu kita jaga dengan erat dan kemas cahaya itu. Allah mahu tarbiyah diri kita.

Tali Allah adalah penyelamat. ketika kita jatuh ke lembah jahiliyyah, pastikan pegang erat pada tali Allah, jangan kita berpaut pada tali yang rapuh dan tali yang tidak mampu membawa kita kepada redha Allah. Lembah jahiliah itu memang sukar untuk ditinggalkan. Tanpa bekalan keimanan yang kukuh, tanpa hubungan hati dengan Allah yang ampuh, diri kita pasti akan tergelincir kembali jatuh ke dalamnya biarpun sudah berkali-kali cubaan pendakian menuju Pencipta. Namun, cuba kita kira berapa kali kita jatuh dan barapa kali Allah dengan kasih sayangNya masih sudi membantu kita keluar dari lubang jahiliyyah itu.

Bagi mereka - mereka yang tidak mahu mendaki dan mahu duduk diam sahaja. Mereka tidak akan pernah jatuh mereka juga tidak akan pernah ke mana - mana. Mereka akan terus dilenakan nikmat kesenangan. Kesenangan yang sebentar cuma. Sedarlah, Allah tidak mencipta kita hanya untuk bersenang lenang duduk diam sahaja. Kita semua ini ada fungsinya untuk Islam. Kita bukanlah makhluk yang sia - sia. Kita adalah khalifah di muka bumi ini. Tidak mungkin khalifah hanya tahu duduk diam mencungkil gigi sahaja. Hayatilah firman Allah ini :

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam." (Al-Mukminun: 115-116)

Kamu yang sedang mendaki, biar kita lelah untuk mencapai redha Allah daripada kita termasuk dalam golongan yang tidak lelah mengikut telunjuk syaitan dan hawa nafsunya.. Hidup kita ini tiada maknanya jika jauh daripada redha Allah. Ada wang berjuta, rupa yang segak dan cantik, pangkat yang besar tetapi langsung tidak bergerak menggunakan nikmat - nikmat yang Allah beri itu untuk mencapai redha Allah adalah suatu bentuk pembaziran yang nyata. Ketika ramai orang berpenat mencari keuntungan di dunia, moga kita tergolong dikalangan orang yang berlumba - lumba mencari kesenangan di akhirat sana.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga." (Al-Taubah: 111) 

Sahabat, pendakian masih perlu diteruskan. Puncaknya masih jauh... Mendakilah dan teruskanlah menyebar cahaya buat ummah. Tetap terus mendaki ke puncak sana!  Moga Allah izin kita semua bertemu di sana..

"orang yang hanya duduk diam di atas tanah memang tidak akan pernah jatuh dan dia juga tidak akan kemana - mana" - Dr Aidh al Qarni.

Ahad, 26 Mei 2013

bila la?


mainlah hujan puas puas.. :)

Jika kau bertemu dengan orang yg LEBIH PANDAI, itulah waktumu untuk MENIMBA ILMUJika kau bertemu dengan orang yg SAMA PANDAI, itulah waktumu untuk BERTUKAR ILMUJika kau bertemu dengan orang yg KURANG PANDAI, itulah waktumu MENYAMPAIKAN ILMUJika kau bertemu dengan orang yg banyak bicara tentang AKHIRAT, itulah waktumu untuk MUHASABAH DIRIJika kau bertemu dengan orang yg banyak bicara perkara DUNIAWI yg tidak manfaat, itulah waktumu DIAM dan BERLALU PERGI...

Sabtu, 25 Mei 2013

maa ajmalaa..

Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,

Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya

Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.

Oh indahnya !

Isnin, 25 Februari 2013

manusia lemah


n_n



air laut itu tidak jadi masalah kalau ianya masih di bawah kapal laut itu
yang masalahnya kalau air laut itu sudah diatas kapal laut itu
sebaliknya jugalah dengan dunia,
Dunia itu tidak pernah jadi masalah andainya manusia itu stay didalamnya(dunia itu tadi)
yang masalahnya adalah bilamana Dunia yang stay didalam hati manusia.

cuma renungkan seketika....


moga Allah memberikan kita kebaikan...


Para sahabat dengan kerja kuat mereka, dengan pengorbanan mereka, telah berjaya mengembangkan Islam ke pelusuk dunia. Kejayaan itu adalah kejayaan yang besar. Usaha yang mereka jana juga usaha yang besar.

Tetapi mereka tidak mendabik dada, saat mereka berjaya itulah mereka tunduk berdoa kepada Allah supaya diterima amal mereka. mereka risau pengorbanan mereka tidak diterima Allah, mereka risau redha Allah tidak bersama mereka walaupun secara zahirnya mereka sudah berjaya mengembangkan Islam ke pelusuk dunia.

Mereka benar - benar ikhlas dan jelas matlamatnya.
Yang mereka buru bukan sanjungan manusia, tetapi redha Allah..

Kita bagaimana?

bumi kita sama